Tuesday 24 July 2012

Muka buku dan Al-Quran

Selamat berpuasa pada pembaca. Sudah 4 hari kita berpuasa dan badan kita kini telah mula serasi dengan kosongnya perut di waktu siang dan diisi penuh diwaktu malam. Seronokkan tika mana kita berbuka bersama keluarga, dihidangkan bermacam jenis kuih-muih dan beranika warna air minuman.

Dalam kita mengharungi puasa yang meletihkan ini, ramai yang menjadikan medium internet sebagai penghibur atau pengisi masa lapang kerana tidak perlu bergesa-gesa untuk membeli makan tengah hari dan waktu senggang yang ada. Maka ramai antara kita yang menjadikan Facebook atau laman muka buku sebagai tempat riadah minda ketika Ramadhan ini. Seronokkan?...

Saya pun bukanlah seorang yang baik, tetapi tidak salah jika saya berkongsi sedikit nasihat atau peringatan kepada kita semua.

Cuba kita renungkan.....

Berapa lama kita membaca status rakan-rakan Facebook dan berapa lama kita membaca Al-Quran.

Rasanya cukup jika 10 minit kita membaca Al-Quran dari tidak langsung kita membelek kitab suci yang kita agung-agungkan.

Sambil-sambil melayari blog atau facebook kita juga boleh melayari Al-Quran online.



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (dengan sempurna) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (Surah al-Anfaal, 8: 2)

No comments:

Post a Comment